Perdana Menteri Australia yang baharu dipilih, Anthony Albanese berikrar untuk tidak pilih kasih dalam pentabdiran kerajaan yang bakal dibentuk nanti.
Malah, pasca pilihan raya yang menandakan lembaran baharu untuk parti buruh memerintah, beliau turut menyeru perpaduan dalam kalangan semua rakyat di Australia memandangkan ia kunci utama untuk sebuah kerajaan stabil.